Friday, 25 November 2011

♥♥Sabarlah Wahai Hati♥♥

Aku lahir ke atas dunia dengan izin MU,
Lahirku saat Rasulullah SAW dan sahabat telah tiada,
Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkan aku......

Zamanku adalah zaman pemerintahan islam yang tidak lagi berkuasa,

Aku terbit di tengah masyarakat islam,
Namun islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka....

Namun aku bersyukur kerna masih ada lagi yang mahu melihat islam kembali bersinar semula,

Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka,
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini,
Generasi seusiaku yang sakit,
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu,
Sibuk dengan cinta yang penuh noda....

Aku takut, aku lemah membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna,
Namun aku sedar bahawa tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini dan merupakan satu tanggunjawab yang wajib dan tidak memerlukan insan yang sempurna,
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa,
Hanya habibuna Muhammad S.A.W seorang yang 'maksum',
Dan tugasku adalah berusah......

Gagal jatuh, dicela dan tidak diterima itu adalah perkara biasa,
Aku terus berdoa agar hati ini cekal mengharungi cemuhan mereka dan mudah-mudahan Allah thabatkan ke dalam diri ini dengan dinnullah,
Bukan nilaian harta yang ku cari,
Bahkan bukan juga kerana nama ingin dikenali sebagai 'insan yang baik dan mulia',
Cukuplah redhaMU sebagai hamba.....


Bantulah hambaMU ini,
Sedarkanlah semua generasiku ya RABB,
Bangunkanlah semua umat ini,
Aku yakin sinaran islam itu pasti kembali dan aku tak akan berheti berjuang hanya kerana-Nya....




No comments:

Post a Comment