Tiadalah hawa nafsu
kecuali selalu meuruti apa yang dibiasakan
oleh yang bersangkutan
Jika dituruti kemahuannya, ia akan ketagihan
dan jika tidak, ia tidak menuntut.
Apakah engkau telah melihat dirimu dirimu sendiri dan bertanya, sejauh mana engkau mencintai Rasulullah S.A.W? Apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yanag diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W dan meninggalkan apa yang telah dilarangnya?
Perhatikanlah kembali perasaan kita dan arahjanlah perasaan cinta kita, mula-mula ditujukan kepada Allah S.W.T kemudian kepada orang (Nabi S.A.W) yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan.
Ingatlah selalu- bila kita menginginkan kedudukan yang tinggi di dalam syurga-suatu hadis dari Rasulullah S.A.W. :
ألْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ
"Seseoarang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Di antara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada Rasulullah S.A.W. adalah dengan melakukan segala yang diperintahkan olehnya. Jadi, bagaimana seseorang menganggap dirinya telah mencintai Rasulullah sementara dia sendiri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh beliau. tidak mengikuti sunnahnya dan tidak mentaati petunjuknya. Lihatlah betapa agung akhlaknya, betapa lembut tutur katanya, betapa lapang pintu kemaafannya, betapa besar rasa takutnya kepada Allah dan sifat zuhudnya (bersederhana) pada dunia.
Oleh itu , ana sebagai seorang yang bergelar 'hamba'-Nya menyeru agar sama-sama merubah diri... insya-Allah.
No comments:
Post a Comment